Monday, 8 July 2013

Solat Sunat Tarawih

Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara- cara sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.

 Hukum Sembahyang Sunat Tarawih

a) Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang- orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

b) Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang- orang Islam.

 Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:

i. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunai- kan sekadar 8 rakaat sahaja.

ii. Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembah- yang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbul- kan sesuatu keberatan. Walau bagai- manapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muham- mad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.

iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al- Khattab r.a. pula beliau melaksana- kannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang- orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembah- yang sebanyak itu.

 iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudian- nya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

 Sumber: Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

No comments:

Post a Comment