بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
.
‘Hari Syak’ (يَوْمُ الشَك) atau yang disebut “hari meragukan” ialah hari yang ke 30 bulan Sya’ban dan yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia sudah masuk bulan Ramadhan atau masih sebahagian daripada bulan Sya’ban, kerana rukyah mengenainya tidak sabit ataupun saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya.
Dari ‘Ammar bin Yasir radhiallahu’ anhuma, katanya: “Sesiapa berpuasa pada hari yang diragukan iaitu adakah masih Sya’ban ataukah sudah masuk hari Ramadhan, maka ia telah menderhaka kepada Abul Qasim(1) (Nabi Muhammad saw).” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi) .Berpuasalah apabila telah kelihatan bulan sabit satu Ramadhan dan jika sebaliknya dan bulan itu terhalang, maka sempurnakanlah bilangan Syaban menjadi tiga puluh hari.
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya, Rasulullah ﷺ bersabda: “Janganlah kamu semua berpuasa sebelum Ramadhan. Berpuasalah pada Ramadhan itu kerana melihat (yakni rukyah) bulan dan berbukalah kerana melihat bulan (Syawal). Apabila terhalang di balik bulan itu oleh awan, maka sempurnakanlah kiraannya (menjadi) tiga puluh hari.” (Hadith Riwayat Imam Tirmidzi r.a.)
.Larangan berpuasa Satu atau Dua Hari Sebelum Ramadhan ‘Hari Syak’ adalah satu hari yang dilarang berpuasa padanya. Dalam Sabil Al-Muhtadin (2:142), larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,
لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa kecuali jika seseorang memiliki kebiasaan berpuasa, maka berpuasalah.” (Hadith Riwayat Muslim r.a.) .
Tiga Jenis Puasa Akhir Sya’ban Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata, berpuasa di akhir bulan Sya’ban ada tiga jenis:
1) Jika berniat sebagai suatu langkah berhati-hati dalam perhitungan puasa Ramadhan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu, maka seperti ini jelas dilarang.
2) Jika berniat untuk berpuasa nazar atau mengqadha puasa Ramadhan yang belum dilakukan atau bagi membayar kafarah (tebusan), maka kebanyakan ulama membolehkannya.
3) Jika berniat berpuasa sunnah semata2, ulama seperti Imam Hasan al-Basri mengatakan harus ada pemisah antara puasa Sya’ban dan Ramadhan, maka dilarang hal ini walaupun itu bertepatan kebiasaan dia berpuasa.
Namun yang tepat dilihat apakah puasa tersebut adalah puasa yang biasa dia lakukan atau sebaliknya. Ini berdasarkan teks hadis di atas. Jadi jika satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah kebiasaan dia berpuasa seperti puasa hari Isnin dan Khamis, maka itu dibolehkan. Akan tetapi jika tidak, itulah yang dilarang.
Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Asy-Syafi’i, Imam Ahmad dan Al-Auza’i. .Dari Abul Yaqzhan, iaitu ‘Ammar bin Yasir radhiallahu’ anhuma, katanya: “Sesiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan iaitu adakah masih Sya’ban ataukah sudah masuk hari Ramadhan, maka ia telah bermaksiat (menderhaka) kepada Abul Qasim (Nabi Muhammad saw).” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi)
Pengecualian Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar, maka yang demikian tidak dilarang. Begitu juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti puasa hari Isnin dan kebetulan jatuhnya pada ‘Hari Syak’ yang tersebut maka itu tidak dilarang.
.Larangan hanyalah sekiranya ingin melalukan puasa yang tidak bersebab atau ‘Hari Syak’ itu diniatkan sebahagian dari bulan Ramadhan. Dilarang berpuasa pada ‘Hari Syak’ atau meragukan iaitu hari ke-30 bulan Sya’ban melainkan apabila bertujuan untuk puasa qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa 1. Riyad al-Salihin (447) dan `Ibanat al-Ahkam (1:368) “Aba al-Qasim” (Bapa kepada al-Qasim) yang tersebut dalam hadith ini ialah gelaran Rasulullah s.a.w., kerana salah seorang dari putera-putera Baginda bernama “al-Qasim”.
والله أعلم بالصواب Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
وَالسَّلاَمْ
.
Sumber dari; shafiqolbu
No comments:
Post a Comment