Tuesday, 16 July 2013

Puding Roti Coklat

Haaa.... kali ni Fiza nak share satu lagi resepi. Sebelum ni tak Fiza tak penah makan Puding Roti. Tapi bile tengok kat dapur tu banyak lagi tapi dah nak expired, ape lagi Fiza try2 la search menu Puding Roti ni. Search punya search terjumpa la Puding Roti Coklat ni.. Hasilnya cukup enak..

Puding Roti Coklat.

Bahan-bahannya
12 kpg roti carik2 kasar
800ml susu segar @ susu penuh krim @ 1 tin susu cair + air = 800ml
# Rendam roti dengan susu dalam 30 minit

3 bj telur
3 sb serbuk koko- bancuh dengan air
3 sb butter- cairkan
1 cwn gula
1 sk esen vanila
1 sb nescafe
1/3 kismis
1 sb tepung jagung
Coklat Chip- Optional

Caranya~
-Pukul telur & gula guna hand whisk je-1minit je
-Masukkan tepung jagung, butter cair, esen vanilla,nescafe, serbuk coklat- gaul sebati
-Masukkan dalam roti dan susu tadi. Gaul sebati jgn sampai roti hancur dan masukkan kismis
-Masukkan dlm loyang yang dah disapu butter atau majerin then taburkan coklat chip
-Panaskan OVEN bakar 180c - 40minit < Sampai masak
-Hidangkan bersama coklat syrup

Sotong Sumbat @ Ketupat Sotong

Resepi ni Fiza dapat dari mak kesayangan Fiza.. Ni la resepi yang wajib ada tiap kali bulan puasa. Biasanya bila balik kampung berkumpul adek beradek mesti ade je yang request Sotong Sumbat ni.. Memang sedap, boleh dimakan bersama nasi @ latah je.


Bahan Bahannya~
7 @ 8 ekor Sotong- Saiz lagi besar lagi bagus. Tapi Fiza guna yang sederhana je
Segenggam Beras Pulut- Direndam 3/4 jam & ditos
1 cwn santan
1 in Halia
Pencucuk/ Lidi
1 sb Gula Pasir
1 ketul Gula Kabung/ Gula Melaka- ikot saiz gula. Biarkan manis sikit
Garam

Caranya~
-Sumbat Beras Pulut kat dalam sotong. Jangan terlampau padat sebab pulut tu nanti akan kembang.
-Sumbatkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya pulut tak terkeluar
-Lepas tu masukkan santan, halia, gula kabung, gula pasir dan secubit garam.
-Masak sampai santan jadi pekat dan berkrim. Dah siap pon. Tutup api dan hidangkan

- Ini la hasilnya.. kalau nak lg molek buang la lidi tu sebelum dihidangkan k.

Nasi Ayam Planta

Dimulakan dengan Bismillah... kejap je rasa hari ni sudah 7 Ramadhan..Seminggu sudah umat islam berpuasa. Dah lama jugak Fiza tak update blog ni, bukan ape bulan2 puasa ni busy sikit. Ok lah tak nak cakap panjang ari ni Fiza nak share resepi Nasi Ayam Planta. Boleh la buat untuk juadah iftar nanti ye..
Husban Fiza makan nasik ayam ni tambah bayak kali..sedap katanya.. hehe cuba la ye.


Bahan-Bahannya :

Bahan Tumis~
3 ulas bwg putih (cincang halus)
1 in halia ( cincang halus)
2 labu bwg besar (cincang)
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1/2 cawan Planta

Bahan Nasi~
4 cawan beras < cuci & toskan>
5 1/2 cwn air rebusan ayam
1 kiub ayam-Optional- Kl nak lagi sedap tambah la
Garam secukup rasa

Caranya~
- Gunakan rice cooker
- Cairkan Planta dan tumiskan bhn tumis tadi hingga naik bau.
- Masukkan beras (gorengkan sekejap dan gal sekata)
- Masukkan air rebusan ayam, kiub ayam dan garam secukup rasa
- Tanak macam biasa

Bahan Ayam~
1 ekor ayam dibelah dua
Rempah 4 beradik
2 labu Bwg Merah
2 ulas Bwg Putih

Mula2 tumis rempah dengan bwg tadi dan masukkan ayam then masukkan air sikit
Masak hingga mendidih kemudian angkat dan toskan.
Kemudian diikuti dengan cara di bawah..

Bahan Perapan Ayam~
2 cm Halia-tumbuk
2 ulas Bwg Putih-tumbuk
3 @ 4 sb kicap manis
3 @ 4 sb sos tiram
2 sb Madu
1 sb Serbuk Lada Hitam
Garam
3 sb Planta

Caranya~
-Lumur semua bahan perapan kat ayam yang dah kite rebus tadi- kecuali Planta
-Bila dah sekata masukkan Planta.
-Perapkan ayam seketika- lagi lama lagi sedap
-Bakar dalam OVEN 180c / 30-40 minit.

Bahan2 Sup~
Air Rebusan Ayam
1 Kiub Ayam
Sup Bunjut
Garam

Caranya~
-Didihkan semua bahan tu.

Bahan2 Kicap~
Lebihan Perapan Ayam tadi
Air Rebusan Ayam
Gula
Garam
Sos Tomato- Optional
Sos Cili

Caranya~
Campukan bahan2 tu dan didihkan sekejap

Bahan2 Kuah Cili-
5-6 bj cili besar- dihiris
1 ulas bwg Putih- diketuk
2-3 sb cuka makan @ air asam jawa
Air Rebusan Ayam
Garam
Gula

Caranya~
- Goreng Bwg dengan cili besar tadi hingga garing
- Kemudian Blend semua bahan tadi
- Masukkan garam & gula
- Then da siap...                                   





SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BERPUASA...



Monday, 8 July 2013

Solat Sunat Tarawih

Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara- cara sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.

 Hukum Sembahyang Sunat Tarawih

a) Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang- orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

b) Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang- orang Islam.

 Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:

i. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunai- kan sekadar 8 rakaat sahaja.

ii. Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembah- yang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbul- kan sesuatu keberatan. Walau bagai- manapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muham- mad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.

iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al- Khattab r.a. pula beliau melaksana- kannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang- orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembah- yang sebanyak itu.

 iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudian- nya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

 Sumber: Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Puasa ‘Hari Syak’ Bulan Sya’ban

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ .

‘Hari Syak’ (يَوْمُ الشَك) atau yang disebut “hari meragukan” ialah hari yang ke 30 bulan Sya’ban dan yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia sudah masuk bulan Ramadhan atau masih sebahagian daripada bulan Sya’ban, kerana rukyah mengenainya tidak sabit ataupun saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya.

 Dari ‘Ammar bin Yasir radhiallahu’ anhuma, katanya: “Sesiapa berpuasa pada hari yang diragukan iaitu adakah masih Sya’ban ataukah sudah masuk hari Ramadhan, maka ia telah menderhaka kepada Abul Qasim(1) (Nabi Muhammad saw).” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi) .Berpuasalah apabila telah kelihatan bulan sabit satu Ramadhan dan jika sebaliknya dan bulan itu terhalang, maka sempurnakanlah bilangan Syaban menjadi tiga puluh hari.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya, Rasulullah ﷺ bersabda: “Janganlah kamu semua berpuasa sebelum Ramadhan. Berpuasalah pada Ramadhan itu kerana melihat (yakni rukyah) bulan dan berbukalah kerana melihat bulan (Syawal). Apabila terhalang di balik bulan itu oleh awan, maka sempurnakanlah kiraannya (menjadi) tiga puluh hari.” (Hadith Riwayat Imam Tirmidzi r.a.)

  .Larangan berpuasa Satu atau Dua Hari Sebelum Ramadhan ‘Hari Syak’ adalah satu hari yang dilarang berpuasa padanya. Dalam Sabil Al-Muhtadin (2:142), larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,

                              لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
 “Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa kecuali jika seseorang memiliki kebiasaan berpuasa, maka berpuasalah.” (Hadith Riwayat Muslim r.a.) .

Tiga Jenis Puasa Akhir Sya’ban Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata, berpuasa di akhir bulan Sya’ban ada tiga jenis:

1) Jika berniat sebagai suatu langkah berhati-hati dalam perhitungan puasa Ramadhan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu, maka seperti ini jelas dilarang.

2) Jika berniat untuk berpuasa nazar atau mengqadha puasa Ramadhan yang belum dilakukan atau bagi membayar kafarah (tebusan), maka kebanyakan ulama membolehkannya.

3) Jika berniat berpuasa sunnah semata2, ulama seperti Imam Hasan al-Basri mengatakan harus ada pemisah antara puasa Sya’ban dan Ramadhan, maka dilarang hal ini walaupun itu bertepatan kebiasaan dia berpuasa.

Namun yang tepat dilihat apakah puasa tersebut adalah puasa yang biasa dia lakukan atau sebaliknya. Ini berdasarkan teks hadis di atas. Jadi jika satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah kebiasaan dia berpuasa seperti puasa hari Isnin dan Khamis, maka itu dibolehkan. Akan tetapi jika tidak, itulah yang dilarang.

Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Asy-Syafi’i, Imam Ahmad dan Al-Auza’i. .Dari Abul Yaqzhan, iaitu ‘Ammar bin Yasir radhiallahu’ anhuma, katanya: “Sesiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan iaitu adakah masih Sya’ban ataukah sudah masuk hari Ramadhan, maka ia telah bermaksiat (menderhaka) kepada Abul Qasim (Nabi Muhammad saw).” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi)

Pengecualian Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar, maka yang demikian tidak dilarang. Begitu juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti puasa hari Isnin dan kebetulan jatuhnya pada ‘Hari Syak’ yang tersebut maka itu tidak dilarang.

 .Larangan hanyalah sekiranya ingin melalukan puasa yang tidak bersebab atau ‘Hari Syak’ itu diniatkan sebahagian dari bulan Ramadhan. Dilarang berpuasa pada ‘Hari Syak’ atau meragukan iaitu hari ke-30 bulan Sya’ban melainkan apabila bertujuan untuk puasa qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa 1. Riyad al-Salihin (447) dan `Ibanat al-Ahkam (1:368) “Aba al-Qasim” (Bapa kepada al-Qasim) yang tersebut dalam hadith ini ialah gelaran Rasulullah s.a.w., kerana salah seorang dari putera-putera Baginda bernama “al-Qasim”.

 والله أعلم بالصواب Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

 وَالسَّلاَمْ . 

Sumber dari; shafiqolbu

Friday, 5 July 2013

Pancake

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, kite masih dapat menikmati hari kepada penghulu hari ni..
Hari Jumaat yang indah disulami titisan ujan gerimis yang mendamaikan permandangan.. Pagi2 lagi perut dah berbunyi mintak diisi.. Erm.. pikir punya pikir nak makan apa last2 jadilah pancake ni..



           Lebih sedap di makan bersama butter+madu @ coklat.. yummmyy

Jom cuba resepi ni k..

Bahan-Bahan
1 Cawan Tepung gandum
1 Cawan susu cair - Fiza guna susu pekat je..agak2 dlm 1/4 cwn susu + 3/4 air 
1 Sudu Besar Gula
Secubit Garam
2 Sudu Besar Butter yang di cairkan
1 Sudu Kecil Baking Powder

Cara-caranya
Fiza ambil cara mudah..masukkan dlm blander je sume bahan2 ni.. hehe.. blend sampai sebati.
Biarkan selama dalam 30 minit
Pastu panaskan kuali- fiza guna non-stick pan



masukkan adunan mcm di atas..tgu sampai buih2 kecil tu hilang

                                                          bila da masak tebalik...

                           then... Tadaaaaa da siap.. jemput la makan ye.. panas2 lagi sedap..

Mee Bandung


Fiza dengan husban memang suka sangat ngan mee bandung ni.. Fiza tak penah pulak buat, selalu beli je.. Kebetulan semalam kami puasa.. Tak tau nak masak apa.. Tiba2 teringin nak buat mee bandung... Hehehe.. Tapi kat umah tak de mee kuning.. tiba2 teringat spaghetti ari tu ade separuh lagi.. so ape lagi.. Tak sangka cubaan pertama berjaya.. Mission completed.
Ni fiza ade kongsi resepi untuk kawan2.. Resepi ni Fiza pakai campak2 je bahan2 yang ade kat dalam frezz tu..



                           second round cik abg makan.. telurnya dah abis dimkn..

Mee Bandung

Bahan A
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Halia
Udang kering
Ikan bilis ( optional )
10 biji cili kering di blend


Bahan B
3 sudu besar sos cili
1 susu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
Ayam/ daging
Udang segar
2 biji telur
2 biji ubi kentang direbus dan di lenyek
2 batang sawi
1 biji tahu goreng yang dipotong kecil
50g gula Melaka ( kalau nak guna gula biasa pon ok)
Garam secukup rasa
Air

Cara-caranya
- Kisar bahan A , panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 tersebut hingga pecah minyak
- Masukkan sos cili, sos tiram, ayam, udang dan masukkan air
- Kemuadian masukkan kentang, gula dan garam.. ( rasa dulu sebelum masuk garam dan gula sebab sos tiram mmg da masin.
- Campurkan tepung jagung dengan air sedikit sebelum dimasukkan ke dlm periuk.
- kemudian masukkan sayur and last sekali pecahkan dua biji telur. Ingat jgn kacau terlalu kuat nanti telur akan hancur
- Basuh mee kuning dan celurkan dengan air panas.
- Hidangkan dengan tahu goreng.


Selamat Mencuba!!!!





Thursday, 4 July 2013

Salam Perkenalan..

Assalamualaikum...

Tinggal beberepa hari lagi Ramadhan akan menjelma..Saya dengan cik husban masing2 tengah sibuk mempersiapkan diri sebelum berpuasa..Tahun ini tahun pertama kami berpuasa bersama. Cepat sungguh masa berlalu sudah hampir satu tahun tempoh perkahwinan kami.. Alhamdulillah baru2 ni dapat berita gembira sebab suami dapat posting di Kuala Lumpur. Semoga Allah memberkati dan memurahkan lagi rezeki kami.. InsyaAllah.. Amiin..