Wednesday, 4 May 2016

KEMAS- KEPUTUSAN ( Panggilan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak SPAKK Tahun 2016)

Alhamdulillah..


Syukur. 20 April lepas keputusan interview dah keluar. Fiza dah BERJAYA.

Orentasi SPAKK bermula 17 Mei hingga 21 Mei 2016 di Kem Permata Resort,Lot 1497-1499, Jalan Air Tanai Satu, Mukim Ayer Pa`abas 78000 Alor Gajah, Melaka


Kursus SPAKK  ni terbahagi kepada 2:

  • 22 Mei hingga 16 September 2016
               (Kursus SPAKK bagi calon yang memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak)

  • 22 Mei hingga 11 November 2016

              (Kursus SPAKK bagi calon yang memiliki Diploma Pelbagai Bidang)

Fiza kene yang 6 bulan tu.. hati berbelah bagi.. kesian kat anak, suami kene tinggal lama. huhu
Tapi tak pe.. fiza berpegang pada kata2 " Setiap kejayaan itu bermula pada satu pengorbanan".

Doakan kejayaan saya.. TQ





Monday, 28 March 2016

Makan Malam Istimewa Bersama Insan Teristimewa

Last weekend Fiza pegi melawat anak buat di Melaka. Baby baru along. Balik dari dari sana dah pukul 5. Singgah sebentar di Pantai Klebang.. Melayan anak dara kecik kami Amni Sofea..
Seronok sangat die dapat main bubble tapi pantai di tarikkan lagi dengan layang2 yang beraneka jenis.


Macam2 ada di Pantai Klebang ni.. antara salah satu pusat tarikan pelancong datang ke Melaka bandar bersejarah ni.



Dah penat main singgah sebentar di Pantai Puteri, perut mengidam nak makan ikan bakar. En. abg pon suka melayankan isteri yang kuat makan ni.. hehe.
Penjelajahan bermula.. 

Makan malam tepi pantai, sambil menikmati keindahan alam.. MasyaAllah syukur ya Allah sungguh indah ciptaanmu.. Romantic sungguh makam malam kami hari ni.. ;) 
Makan malam ni di Kedai Ikan Bakar Nelayan, Pantai Puteri.. 
Harga berpatutan, masakan tip top.. 
Datang la sini ye.. untuk menikmati suasana romantik.. 

Sunday, 27 March 2016

Interview KEMAS



Assalamualaikum semua..


Baru2 ni ade dapat panggilan interview di Institut Latihan Kemas, KUANTAN sebagai Penotong Pegawai Pembangunan Masyarakat.S27

Fiza bertolak dari KL lepas kerja. Dalam jam 12 Malam sampai di Kuantan. Malam tu tido kat umah adik je. Kebetulan dekat dengan tempat interview tu.

Seminggu sebelum datang interview ni Fiza ade la buat research sikit pasal KEMAS ni, cara2 nak jawab soalan interview semua lah.

Kebetulan husband pon cikgu, so ade la sikit2 tanya kat die.

23 March 2016- Pagi2 lagi aku da bangun. Pas solat dah siap2 kol 7 suami dan anak hantar ke ILK Kuantan. dekat je dalam 10 minit dah sampai. Sebelum tu sempat lagi Fiza beli air Milo kotak untuk isi perut.

Jam 7.30 Fiza lapor diri. Time tu tengok yang datang semua muda2 lagi.. huhu..Org Asli pon ade jugak.. Dalam hati.. kalau kene lawan lari dengan dorg ni, mesti kecundang.. hahaha

 Pihak kemas bagi no giliran. Kami diberi taklimat serba sedikit tentang interview hari ini. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu  untuk ujian LISAN & UPJK ( ujian kecergasan)

Fiza dapat UPJK haha... ujian kecerdasan kene lari 2km ok. Tapi disebebkan EL-Nino ni semua aktiviti luar tidak digalakkan , so kami belari je la dlm dewan. 40pusigan 2 court takraw tu..

Nasibla seminggu sebelum tu Fiza ade jugak buat training sikit. Lari MSN 3 pusingan tanpa henti.. Igtkan dah kecundang dah.. Tapi Alhamdulillah Fiza dapat bwh 20 minit dpt kod 3

Kod 1- Bawah 10 minit
Kod 2- Bawah 15 minit
Kod 3- Bawah 20 minit
Kod 4- Lebih 20 minit

Lepas lari peningnye Allah je yang tahu.. Tapi rasa syukur sangat dapat complete 40 pusingan.

Sekarang Fiza kene ke ujian LISAN pulak.. Fiza dapat Panel 3. Dapat tahu pulak Panel tu dengan Pengetua ILK Kuantan, yang tegas dan straight... bertambah nerves la jiwa ni.

Sesi interview agak lama berbanding Panel 1 dan Panel 3. Setiap group yang masuk ambil masa 30 minit.. lama tu.. Fiza tunggu dari jam 12 sampai jam 2 baru turn. hahaha lama tak?

Setiap bilik ade 2 panel.  Fiza dapat panel lelaki. OK la jugak... Jam 3.00 petang Fiza dengan 2 org peserta lagi dipanggil..

Soalan yang ditanya

1) Perkenalkan Diri Anda
2) Apa yang anda tahu dengan KEMAS selain dari Guru Tadika atau Taska
3) Apa itu BR1M dan KR1M
4) Apa penglibatan anda dengan NGO atau agency lain
5)Apa itu Pendidikan Masyarakat
6) Apa kebolehan seni yang ada, contohnya menyanyi, berlakon, silat ke..haha
7) Nyanyikan Lagu kanak2 yang anda tahu
8) Bacakan doa berserta maksud

Itu antara soklan yang Fiza dpt. pada sapa2 yang akan menghadiri interview ni. Fiza sarankan buat research dulu, banyakkan senyuman dan jawab soklan dengan lemah lembut ye.. sebab nak mengajar kanak2 kene dengan lemah lembut bukan garang2

So GOOD LUCK and ALL THE BEST pada siapa2 yang akan hadir interview kemas 2016 ni.

InsyaAllah 24 hingga 27 April 2016 keputusan akan keluar di laman web kemas. Tak tahu la Fiza dapat atau tidak..

Sunday, 2 March 2014

Cameron Highlands - part 1



Bismillahirrahmanirrahim  
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.





























Tuesday, 16 July 2013

Puding Roti Coklat

Haaa.... kali ni Fiza nak share satu lagi resepi. Sebelum ni tak Fiza tak penah makan Puding Roti. Tapi bile tengok kat dapur tu banyak lagi tapi dah nak expired, ape lagi Fiza try2 la search menu Puding Roti ni. Search punya search terjumpa la Puding Roti Coklat ni.. Hasilnya cukup enak..

Puding Roti Coklat.

Bahan-bahannya
12 kpg roti carik2 kasar
800ml susu segar @ susu penuh krim @ 1 tin susu cair + air = 800ml
# Rendam roti dengan susu dalam 30 minit

3 bj telur
3 sb serbuk koko- bancuh dengan air
3 sb butter- cairkan
1 cwn gula
1 sk esen vanila
1 sb nescafe
1/3 kismis
1 sb tepung jagung
Coklat Chip- Optional

Caranya~
-Pukul telur & gula guna hand whisk je-1minit je
-Masukkan tepung jagung, butter cair, esen vanilla,nescafe, serbuk coklat- gaul sebati
-Masukkan dalam roti dan susu tadi. Gaul sebati jgn sampai roti hancur dan masukkan kismis
-Masukkan dlm loyang yang dah disapu butter atau majerin then taburkan coklat chip
-Panaskan OVEN bakar 180c - 40minit < Sampai masak
-Hidangkan bersama coklat syrup

Sotong Sumbat @ Ketupat Sotong

Resepi ni Fiza dapat dari mak kesayangan Fiza.. Ni la resepi yang wajib ada tiap kali bulan puasa. Biasanya bila balik kampung berkumpul adek beradek mesti ade je yang request Sotong Sumbat ni.. Memang sedap, boleh dimakan bersama nasi @ latah je.


Bahan Bahannya~
7 @ 8 ekor Sotong- Saiz lagi besar lagi bagus. Tapi Fiza guna yang sederhana je
Segenggam Beras Pulut- Direndam 3/4 jam & ditos
1 cwn santan
1 in Halia
Pencucuk/ Lidi
1 sb Gula Pasir
1 ketul Gula Kabung/ Gula Melaka- ikot saiz gula. Biarkan manis sikit
Garam

Caranya~
-Sumbat Beras Pulut kat dalam sotong. Jangan terlampau padat sebab pulut tu nanti akan kembang.
-Sumbatkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya pulut tak terkeluar
-Lepas tu masukkan santan, halia, gula kabung, gula pasir dan secubit garam.
-Masak sampai santan jadi pekat dan berkrim. Dah siap pon. Tutup api dan hidangkan

- Ini la hasilnya.. kalau nak lg molek buang la lidi tu sebelum dihidangkan k.

Nasi Ayam Planta

Dimulakan dengan Bismillah... kejap je rasa hari ni sudah 7 Ramadhan..Seminggu sudah umat islam berpuasa. Dah lama jugak Fiza tak update blog ni, bukan ape bulan2 puasa ni busy sikit. Ok lah tak nak cakap panjang ari ni Fiza nak share resepi Nasi Ayam Planta. Boleh la buat untuk juadah iftar nanti ye..
Husban Fiza makan nasik ayam ni tambah bayak kali..sedap katanya.. hehe cuba la ye.


Bahan-Bahannya :

Bahan Tumis~
3 ulas bwg putih (cincang halus)
1 in halia ( cincang halus)
2 labu bwg besar (cincang)
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1/2 cawan Planta

Bahan Nasi~
4 cawan beras < cuci & toskan>
5 1/2 cwn air rebusan ayam
1 kiub ayam-Optional- Kl nak lagi sedap tambah la
Garam secukup rasa

Caranya~
- Gunakan rice cooker
- Cairkan Planta dan tumiskan bhn tumis tadi hingga naik bau.
- Masukkan beras (gorengkan sekejap dan gal sekata)
- Masukkan air rebusan ayam, kiub ayam dan garam secukup rasa
- Tanak macam biasa

Bahan Ayam~
1 ekor ayam dibelah dua
Rempah 4 beradik
2 labu Bwg Merah
2 ulas Bwg Putih

Mula2 tumis rempah dengan bwg tadi dan masukkan ayam then masukkan air sikit
Masak hingga mendidih kemudian angkat dan toskan.
Kemudian diikuti dengan cara di bawah..

Bahan Perapan Ayam~
2 cm Halia-tumbuk
2 ulas Bwg Putih-tumbuk
3 @ 4 sb kicap manis
3 @ 4 sb sos tiram
2 sb Madu
1 sb Serbuk Lada Hitam
Garam
3 sb Planta

Caranya~
-Lumur semua bahan perapan kat ayam yang dah kite rebus tadi- kecuali Planta
-Bila dah sekata masukkan Planta.
-Perapkan ayam seketika- lagi lama lagi sedap
-Bakar dalam OVEN 180c / 30-40 minit.

Bahan2 Sup~
Air Rebusan Ayam
1 Kiub Ayam
Sup Bunjut
Garam

Caranya~
-Didihkan semua bahan tu.

Bahan2 Kicap~
Lebihan Perapan Ayam tadi
Air Rebusan Ayam
Gula
Garam
Sos Tomato- Optional
Sos Cili

Caranya~
Campukan bahan2 tu dan didihkan sekejap

Bahan2 Kuah Cili-
5-6 bj cili besar- dihiris
1 ulas bwg Putih- diketuk
2-3 sb cuka makan @ air asam jawa
Air Rebusan Ayam
Garam
Gula

Caranya~
- Goreng Bwg dengan cili besar tadi hingga garing
- Kemudian Blend semua bahan tadi
- Masukkan garam & gula
- Then da siap...                                   





SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BERPUASA...